


17 & 18 Feb 2024: Kejohanan MOTA Cup bagi kategori bawah 10 & 12 yang diadakan pada 17 & 18 Februari telah berlangsung dengan jayanya.
Kategori bawah 10 menyaksikan penguasaan pasukan MOTA Avengers yang telah layak 2 pasukan perlawanan akhir CUP. MOTA Avengers Venom menjadi juara dan Adeeb Rizqin dinobatkan sebagai pemain terbaik.
Kategori bawah 12 pula menyaksikan pasukan KB Rangers JR A menjadi juara setelah berjaya menewaskan KB Rangers JR B. Piala dan hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua Unit Pertandingan Kelab Bolasepak MOTA, En. Ahmad Faiz Bin Mahidin.
Siri MOTA Cup akan diteruskan dengan kategori bawah 8 (NO A.T) yang akan berlangsung pada 24 Februari 2024.