
17 Feb 2024: MOTA FC Wanita sah menjadi juara Liga Suparimau Wanita Bawah 12 setelah berjaya menewaskan SKBD Raptor dengan jaringan 6-0.
Kemenangan ini meletakkan MOTA FC selesa di tangga teratas liga diikuti oleh FCKL dan KLYS.
Ketua jurulatih, Taufik Yaiyah amat gembira dengan kejayaan ini. Katanya, “Pasukan ini masih baru dan mula ditubuhkan 5 hari sebelum sepak mula Liga Suparimau tahun ini. Walaubagaimana pun persiapan dan strategi berjaya disusun dengan baik dan semuanya lancar dengan izinNya dan juga komitmen yang tinggi diberikan oleh ibu bapa pemain. Kemenangan hari ini juga harus diberikan kepada pemain yang bekerja keras di dalam padang untuk menang.”
Gol MOTA FC hari ini telah dijaringkan oleh Sofiya (2), Halina (2), Aleesya dan Jaeslyn.
Tahniah semua!
Go go go Mota Girls 👍👍👏👏
Congratulations to Coach Taufik & Mota Girls 🏆🏆