




Dengan kolaborasi bersama @selangorfcfutsal , para pemain akademi dari pasukan MOTA FC Girls (Bawah 12) telah berpeluang meraih pengalaman baharu dalam hidup mereka.
Para pemain akademi diberikan akses penuh untuk melihat persiapan pasukan sebelum sepak mula, menjadi pengiring masuk pemain dan menonton secara langsung perlawanan Malaysia Premiere Futsal League (MPFL) di antara Selangor FC menentang Sabah. Di samping itu, pemain-pemain MOTA FC Girls juga beraksi dalam satu perlawanan pertunjukan menentang anak-anak jurulatih Selangor FC ketika rehat separuh masa (half-time break). Pemain akademi yang turut terlibat adalah Irham, Mika dan Ayser dari MOTA FC Cityboys.
Insya Allah kolaborasi dan hubungan baik di antara dua kelab ini akan berterusan supaya lebih ramai pemain di dalam akademi MOTA mendapat pendedahan dan manfaat melalui program seperti ini.
Terima kasih @selangorfcfutsal
KELAB BOLASEPAK MOTA
MOTA ACADEMY
#developtosuccess
#penerajupembangunanakarumbi
Kredit Foto: Sabah Futsal Team 📸
Congratulations Mota Girls 👏👏