
MOTA CYBERJAYA – CAWANGAN AKADEMI TERBAIK 2023 🎖️Ⓜ️
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MOTA Cyberjaya di atas anugerah cawangan terbaik bagi sesi 2023. Anugerah ini disampaikan di atas sumbangan dan pencapaian yang dikecapi sepanjang tahun 2023.
MOTA Cyberjaya menjadi akademi yang mempunyai pelatih terbanyak pada tahun 2023 iaitu 158 pelajar pada akhir Disember. MOTA Cyberjaya juga menjadi penyumbang pemain MOTA FC yang paling ramai dan juga berjaya mencapai keputusan yang baik di kejohanan dalaman KFMD.
Anugerah cawangan terbaik ini mula diperkenal pada tahun 2017 dan setiap tahun kita telah saksikan pemenang yang berbeza. Walaubagaimana pun, anugerah ini bukanlah bertujuan untuk persaingan tetapi sebagai penghargaan kepada kejayaan yang dicapai oleh cawangan terbabit.
Semoga semua cawangan di MOTA terus maju dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mengadakan program-program yang bermanfaat kepada pelatih-pelatih yang berdaftar.
Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden, Taufik Yaiyah di dalam perjumpaan khas pihak pengurusan MOTA bersama barisan jurulatih MOTA Cyberjaya pada hari Sabtu, 6 Januari 2024.
KELAB BOLASEPAK MOTA
MOTA ACADEMY