+6011-11818365 | Kelabbolasepakmota@gmail.com

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa yang terlibat di sepanjang liga ini berlangsung. Rekod tanpa kalah mengesahkan takhta juara Liga FAM Suparimau B10, Musim A milik pasukan MOTA FC Avengers.

Presiden kelab, Taufik Yaiyah yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir semalam gembira melihat persembahan serta peningkatan yang ada pada pasukan ini. Katanya, “Saya melihat tahun ini tahun mereka. Mereka sudah melalui banyak pengalaman pada tahun lepas ketika majoriti mereka berusia 9 tahun. Saya yakin jika mereka kekal disiplin serta kuat berlatih, tahun ini mereka mampu untuk kecapi banyak kejuaraan.”

Tahniah juga diucapkan kepada adik Umar Firdaus setelah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak MOTA FC di kempen Liga Suparimau Musim A dengan jumlah jaringan sebanyak 13 gol 🏅

KELAB BOLASEPAK MOTA
MOTA ACADEMY
#developtosuccess
#penerajupembangunanakarumbi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Selamat Datang ke Mota FC 👋
Bagaimana kami boleh membantu anda?