
KELAB BOLASEPAK MOTA adalah sebuah akademi bola sepak kanak-kanak yang berusaha untuk membentuk generasi pemain bola sepak bertaraf dunia. Dengan misi untuk membangunkan dan memartabatkan sukan bola sepak di Malaysia, kami memberi tumpuan kepada mengenal pasti, membimbing, dan mengasah bakat tempatan sejak usia muda. Di MOTA Academy, setiap anak diberi peluang untuk mencapai potensi tertinggi mereka melalui latihan profesional, nilai disiplin, dan semangat kesukanan. Bersama kami, impian menjadi bintang bola sepak Malaysia bermula di sini!