
Terima kasih kepada semua pemain, barisan jurulatih dan staff di atas komitmen dan kerjasama di sepanjang liga ini berlangsung. Terima kasih kepada penaja jersi rasmi kami, @jerseycustommalaya . Terima kasih juga kepada para penyokong dan ibu bapa pelatih akademi yang hadir di setiap perlawanan MOTA FT.
Kami amat menghargainya.
➰Tempat ketiga bukanlah sesuatu yang kami sasarkan namun kami anggap ini suatu proses untuk kejayaan pada masa akan datang. Pasukan ini masih baru, masih banyak yang perlu dibaiki. Walau bagaimanapun, kami masih mampu memberi saingan di dalam liga ini dan mencapai podium.
Tahniah MOTA! Ⓜ️🙌🏻