
MOTA FT CIPTA KEJUTAN, TEMPAH SLOT KE SEPARUH AKHIR LIGA FUTSAL WNZ U-15
Skuad kendalian Coach @sukri_jaafarmembuat kejutan hari ini dengan kejayaan melangkah ke separuh akhir Liga Futsal WNZ U-15.
Mengakhiri saingan liga di tangga ke-4 (kumpulan B), MOTA FT di jadualkan bertemu Eliminator (Juara Kumpulan A) di suku akhir.
Ketua Jurulatih, @sukri_jaafar amat gembira dengan kemenangan hari ini. Katanya, “Pasukan bermain sangat baik di dalam perlawanan ini. Bermula dengan kemenangan dengan Pawana di peringkat kumpulan, seakan-akan pemain saya mendapat ‘booster’ baru dalam perlawanan menentang Eliminator”
Di perlawanan suku akhir, MOTA FT mendahului 2-0 hasil jaringan Iman Firdaus & Isyraf Rafiq. Di akhir permainan, Eliminator mula bangkit dengan jaringan gol merapatkan jurang gol. Walaubagaimana pun, pemain tetap displin dalam bertahan dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat perlawanan.
Kredit harus diberikan kepada semua pemain yang terlibat khususnya Afiq Arshad yang banyak mematahkan serangan serta peluang-peluang Eliminator dalam perlawanan tersebut.
Minggu hadapan MOTA FT akan bertemu dengan pasukan Monuha di perlawanan separuh akhir Liga Futsal WNZ U-15, 2023/24.