MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI BIL. 100-1/2024 TELAH SEBULAT SUARA BERSETUJU MENUBUHKAN UNIT PEMBANGUNAN JURULATIH.

Pengurusan tertinggi Kelab Bolasepak MOTA telah bersetuju untuk menubuhkan unit ini dalam usaha untuk memperkasa dan mengembangkan modul serta falsafah kelab sedia ada. Di samping itu, unit ini juga akan bertindak dalam membangunkan jurulatih-jurulatih muda di peringkat akademi untuk digilap potensi mereka supaya dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengurusan tertinggi telah bersetuju sebulat suara melantik Jurulatih Shazwan Razak sebagai Ketua Unit Pembangunan Jurulatih bagi penggal 2024-2025 berkuatkuasa 4 Januari 2024 (Khamis).
Beliau mula menyertai MOTA sebagai pembantu jurulatih pada tahun 2018, kini beliau mempunyai 2 Cawangan, 94 pelatih dan 8 jurulatih di bawah cawangannya. Beliau juga telah melaksanakan tugas dengan baik sebagai Ketua Jurulatih MOTA FC B12 pada tahun 2022-2023 dengan mengecapi beberapa kejayaan bersama pasukan.
Kredibiliti, pengalaman dan keupayaan yang ada pada beliau amatlah ditagih untuk sama-sama membantu kelab dalam membangunkan kelab ini. Selamat Maju Jaya buat Jurulatih Shazwan Razak! KELAB BOLASEPAK MOTA MOTA ACADEMY
#developtosuccess
#penerajupembangunanakarumbi