
JUMLAH PENDAFTARAN PELATIH MINGGU PERTAMA 2024 ATASI REKOD JUMLAH PENDAFTARAN PELATIH MINGGU PERTAMA 2023
Pada pembukaan akademi minggu pertama 2023, jumlah pendaftaran pelatih adalah sebanyak 402. Tahun ini sambutan yang kami terima lebih baik di iaitu sebanyak 502 pelatih berdaftar di minggu pertama.
Presiden dan Pengasas, Taufik Yaiyah gembira dengan sambutan yang diterima pada tahun ini. Menurut beliau, “Trend ini menunjukkan kita masih relevan dalam pembangunan akar umbi. Saya dan seluruh organisasi MOTA amat gembira dengan perkembangan ini. Kami menganggap ini satu amanah yang perlu dibalas dengan program-program dan latihan-latihan yang berkualiti supaya mampu meningkatkan lagi mutu para pemain dan pasukan dengan keupayaan yang kita ada sekarang. Saya juga yakin, jumlah pendaftaran ini akan meningkat dari semasa ke semasa.”
Minggu ini kelab akan mengadakan sesi pemilihan untuk pasukan-pasukan MOTA FC / FT bagi skuad 2024. Pemilihan ini adalah untuk pemain-pemain dalaman MOTA Academy sahaja. Selamat maju jaya buat semua pemain yang terlibat dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang terus menyokong dan bersama kami di tahun 2024 ini.
KELAB BOLASEPAK MOTA
MOTA ACADEMY